Better a cruel truth than a comfortable delusion ...
Home Anime / e-Story Story Santai Tutorials All bout d Braces Relationship

Sunday, February 16, 2014

Getah Braces Warna Pink

hyepppp...!!! 

13rd February 2014 

Kali ny memang aku terpaksa naik bas malam jugak macam before ni... kalau nak baca, meh tekan sini ----> Link story ...


So, tiket jam 9:00 pm... hari Khamis malam... 

Alhamdulillah...Bas sampai awal jugak malam tu...dalam 9.15 pm kalau tak silap aku... bas dua tingkat... seat aku DC... disebabkan aku tak sure atas or bawah, aku pun tanya laaa pakcik driver bus tu...and 

dia kata "Duduk jer laaa atas atau bawah, dik...Bas campur dah ni..." 

aku pun dengan muka innocent nye duduk laa kat tingkat bawah, kat tingkap..leh tengok pemandangan di waktu malam...bulan penuh pulak tu semenjak dua menjak ni....lagipun malas lah aku nak naik tangga gi tingkat atas tu...hehe... tak lama lepas tu, datang sorang makcik ni....duk sebelah aku..nasib baik la perempuan..heaven sikit nak tidur nanti.... 

sepanjang perjalanan aku duk layan lagu jer..especially lagu " Judika - Bukan Aku Tapi Dia " ... banyak kali jugak aku repeat lagu tu...sampai pening kepala aku dengar lagu sama jer...haha

malam tu sahaja ada dua roadblock...tu pun aku sedar sebab aku asyik terjaga dari tidur.. woaa, mana best tido atas bas...rindu katil...huahuahaaaaaaa~

Lastly, sampai Hentian Putra dalam jam 6.00 am jugak... nasib baik lah ramai jugak orang..tak delah aku feel alone kat sana...luckily...  


February 2014 

Jam 8:00 am - Breakfast nasi lemak... siyesly sedap....  =)



Lepas tu baru naik train g klinik gigi...

Appoinment aku Jam 10.00 am...but, aku lewat...kul 10.05 am baru aku sampai..tu pun ramai patient dah ada...ade dalam 6 orang.. So, dalam 11.00 am lebih baru lah tiba turn aku...nasib baik lah aku takde plan pape lepas ni... buatnya aku ada date, nayaaaaaa~

Aktiviti : 
- tukaaar getah braces kepada warna Pink...!!  haha, rase gedik pulak....
and 
- doktor tambah getah ape tah lagi kat gigi belakang ny...ade 3 and 4 getah yang bersambung antara satu sama lain....aku pun lupa nak survey ape name dia... at that time, aku terfikir kan best kalau aku ni doc gigi...or pelajar dentistry...hehehe

Hasilnya : 
Gigi aku sakit sampai tak leh nak temukan gigi atas and gigi bawah... makan makanan yang lembut-lembut jer lah aku pasni.... 

tapi, takpe laaa...sakit means ada perubahan kan... =)

haaaa, aku pun takleh nak gelak lebar-lebar sangat daaa lepas tu...sebab nampak plak getah pinky ni....huhu

ok, that's all for the appoinment.... =) 

Saturday, February 8, 2014

Alkisah Pernikahan Awek Cun & Mat Rock

Al-kisah~   

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak cintan cintun nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

X sorg pun lelaki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg mat rock. Akhirnya bernikahlah awek cun itu dgn mat rock tersebut.




Sepanjang perkahwinan depa, awek tu perati je mat rock tu. 

"Eh...x puasa pulak mamat ni hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya awek tu x tahan dah. Dia bajet mat rock tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si awek pada hakim.

Hakim pun tanya kpd mat rock tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab mat rock lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

Jawab mat rock tu selamba, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Mat rock xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus pancung ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Mat rock selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpiasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun xde masa!"

Mat rock terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran."

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Mat rock itu senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

Mat rock itu menyambung, "islam itu mudah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah"

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Tiba2 hakim tu terdiam lalu tercari2 sesuatu.

"Allahhh...mana pulak aku letak tukul kamar hakim nihhhhhhhh???"

‪#‎c‬&p

Friday, February 7, 2014

Tutorial Letak Cbox dalam Blog

hye, korang....!! hehe...  memandangkan ramai yang tanya camner nak letak cbox dalam blog, ni haaa..miss b wat tuto ni...sorry ye lambat...

1. Pergi ke Link ni untuk sign up ----> CBOX

( daaa bukak nanti akan kua camnie...haaa, korang fill in the blanks with the details..Then, tekan CREATE MY CBOX!... )


daaaa? sekarang tekan LOOK AND FEEL ----> LAYOUT OPTIONS 

ok, sekarang ubah laaa width and height... ubah laaa pape yang korang nak...Pastu, save...


lagi sekali 

tekan LOOK AND FEEL -----> COLOURS AND FONTS 


cara nak ubah warna tu...korang click dalam box kod warna tu...then, halakan cursorkan pada warna pelangi yang belah kanan tu...nti akan muncul warna yang korang nak pilih.... 

dah siap, jangan lupa pulak tekan APPLY.... 

pastu, cari PUBLISH ( ada kat bahagian atas ) and then click.... 
akan kuar laaa macam pic kat bawah nie... 

lagi sekali, pilih lah korang nak yang camner untuk "variation"... 

now is the time...copy to clipboard and click OK... 


----- IKUT STEP NY PULAK -----

1. Dashboard --> Add a Layout ---> Edit HTML / Javascript

2. Pastekan kod yang korang copy tadi dalam kotak edit html / javascript ..

3. Save dan lihat hasilnya....  

p/s : goodluck...rajin2 laaa tinggalkan link korang...miss b comfom terjah balik...kalau dah letak cbox ni, senang laaa nak tinggalkan jejak...hehe =)

Mesej FB dari Seorang Insan yang Bergelar Ayah



Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

cerita oleh: Muhammad Rusydi 


p/s : sayangilah ibu bapa kita...tanpa mereka, siapalah kita... ='(


another story : Link

Button Back to Top ( Fast )

Malas nak scroll ke atas balik bila daaa jauh ke bawah?? jom guna button back to top ny...jimat siket masa.... hehe




Step:

1. Dashboard --> Add a Layout ---> Edit HTML / Javascript

2. Copy kod di bawah ni dan pastekan dalam kotak edit html / javascript ..

<a title="Back to Top" href="#" style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><img src="Url gambar button"></a>

3. Save dan lihat hasilnya....

ehhhhhh....!! mana nak dapat url gambar button?
leh usha link ni...
--------> Freebies Back to Top Button ( Simple One )


Freebies Back to Top Button

_ FREEBIES SIMPLE _
BACK TO TOP 

nak guna? right click and copy image url... 


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...