Better a cruel truth than a comfortable delusion ...
Home Anime / e-Story Story Santai Tutorials All bout d Braces Relationship

Monday, December 8, 2014

Duhai Ice Cream Kit Kat

hyepp....
seriusly saya dah craving giler2 nak makan Ice Cream Kit Kat...

tapi tekak ni dah 2, 3 hari sakit...kering tekak... nak telan air liur pun perit jer ni.... 
lahaiiii

T_T


esok saya dah bertolak ke Selangor.... 
Saya perlu menjalani Program Transformasi Minda (PTM) selama 5 hari di sana.. 
dah tu??? 

hurmmm, bila boleh makan ni?
T_T

Friday, December 5, 2014

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha


Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.

p/s : nak join, click banner tau ^_^

Segmen BLOGWALKING by Sakura

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad ^_^

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

hyepp...

jom ramai2 meriahkan GA ni...

click banner untuk join

Syarat simple and hadiah pun boleh tahan superb.....

Giveaway ni tamat pada jam 10 malam 19 Disember 2014....pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan RANDOM.ORG ..
Senarai Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2014....


^_^

Keliru Membuat Keputusan [Tawaran Latihan Separa Perubatan]

Entry ini adalah untuk imbas kembali cerita 3 tahun yang lepas... [Tawaran Latihan Separa Perubatan]

hyepp.... 



Bukan mudah untuk susah, dan bukan susah untuk mudah..

bila teringat kembali saat saya menjejakkan kaki di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), pelbagai perasaan yang timbul.. 

Tahun 2011 ...
Lepas keputusan SPM diumumkan, saya pun menghantar permohonan online ke SPA8 untuk kursus Latihan Separa Perubatan.. 

Memandangkan saya mendapat tawaran Matrikulasi, dan keputusan SPA masih belum diketahui, maka saya memilih untuk mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)..

Sebaik sahaja peperiksaan Semester satu di KMPh berakhir, saya menerima mesej yang mengatakan saya mendapat tawaran SPA untuk latihan separa perubatan.. Hati berbelah bahagi untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Seminggu tidur saya terganggu kerana banyak berfikir tentang tawaran yang diterima.. Tidak lama kemudian, keputusan peperiksaan Sem1 diumumkan, dan alhamdulillah.. keputusan peperiksaan saya antara yang terbaik, walaupun saya tidak lah mendapat 4.00 .. 

Saya semakin buntu. Keliru untuk memilih dan membuat keputusan. 
Saya bertanyakan pendapat kawan-kawan, guru dan ibu bapa saya... Ada yang menyokong, dan ada yang menghalang..... 

Akhirnya, setelah menimbang baik dan buruk, saya memilih untuk menerima tawaran Latihan Separa Perubatan dari SPA.. 

Saya ingat lagi kata-kata yang diberikan oleh pensyarah dan guru saya.. 
Saya faham mereka inginkan anak murid mereka berjaya sehingga ke peringkat Ijazah, Master, PhD... 

Namun, 
saya percaya setiap orang ada rezeki dia yang tersendiri.. dan mungkin tawaran SPA ni salah satunya... 

Ramai yang mengatakan bahawa peluang untuk sambung belajar untuk lepasan SPA adalah susah. Ia memang tidak dinafikan. Persaingan adalah sengit. Tambahan pula, kami terikat dengan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 4 tahun. 

tapi, kalau ada rezeki, tak kemana juga kan... 
semua tu Allah dah tentukan... kita cuma kena berusaha untuk capai matlamat..... 

^_^


Thursday, December 4, 2014

Alyah - Sesal Separuh Nyawa [OST Satu Hari]

hyepp....
Alyah - Sesal Separuh Nyawa [ OST Satu Hari ]



lagu ni best giler-giler..... 
^_^

Wednesday, December 3, 2014

Sewa Tapak Iklan murah hanya RM5 Sebulan

hyeppp.....

Sewa Tapak Iklan murah hanya RM5 Sebulan... 
ada tak sesiapa yang nak sewa? 


kalau ada, boleh hantar email terus ke 
editblogcomel@gmail.com

sertakan 
url image  saiz 125x125 
link blog, link iklan 

cara bayaran : kad tambah nilai RM5 maxis untuk satu tapak...  

so, pageviews sehari lebih kurang 300 lebih... 



kalau dah email, boleh tinggalkan notifications kat CBOX dalam blog ni...
supaya saya lebih alert... 
^_^

Tuesday, December 2, 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

hyepp....
Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest] ..

Jom ramai-ramai join contest ni....
Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014 ...

Klik Banner untuk Join


Senarai Hadiah :

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.   


so, here we go.... 
apa yang saya nak beli di Lazada kalau saya ada RM1212 ?? 


Samsung Galaxy Note 3 Neo... 

Dengan RM1212, saya pilih untuk beli Samsung Galaxy Note 3 Neo di LAZADA kerana 
1) handphone saya yang sedia ada dah nazak , dan hanya tunggu masa untuk rosak jer tu....sedih T_T 
2) saya memang minat dengan handphone jenama Samsung... minat sangat..ini pun memang tengah kumpul duit nak beli Samsung Galaxy Note 3 Neo ni...
3) saya dah pernah beli dari LAZADA, dan amat yakin dengan perkhidmatan yang diberikan....  

Thursday, November 27, 2014

[Help Me...] Blogbuster Campaign

hyeppp.... 

tadi log in Nuffnang, saya perasan ada Blogbuster Campaign... 
nak sangat join, tapi tak tau camne.... 


bila dah tekan view, 



pada bahagian description, takde tulispape pun...  maksudnya? 

ada sesiapa yang boleh terangkan tak??? 
terima kasih atas maklumbalas..... 
^_^

Kau Kena Terima Aku Seadanya

hyeppp.....

[Terima Aku Seadanya..] Alhamdulillah sangat-sangat kerana majlis makan malam yang diadakan pada malam semalam untuk kelas saya berjalan dengan lancar...

makanan pun best dan sedap.. sangat menyelerakan..

bertemakan "GLAMOROUS NIGHT" , mostly students berpakaian ala-ala glamour gitu...
what a beutiful night....

dan apa yang saya nak ceritakan pada kali ini ialah ....

tentang F ( sahabat perempuan saya ) ..

dia merupakan gadis biasa, dengan perwatakan yang sedikit kasar, tapi still lembut.. cara berpakaian dia juga seperti biasa, sangat SIMPLE.... i mean it.. sangat....
dia sukakan someone dalam kelas kami, iaitu A.. dan saya terfikir yang malam Dinner nanti, mesti dia akan berpakaian dengan lebih cantik... lebih kemas.. so that, A akan perasan tentang kehadiran dia..

tapi,
hasilnya malam tu... dia masih berpakaian seperti biasa... dengan baju kurung dan tudung bawal biasa...

so, apa yang boleh saya cakapkan kat sini,
she is a brave girl... ye, saya tau, kalau dia nak, she can dressing better than that... but, she is not doing that...

mungkin sebab dia taknak jadi seorang yang "FAKE"...



well,
kalau ada jodoh, tak ke mana juga kan....
"biarlah dia terima aku seadanya... dan perubahan yang lain, i will do it slowly..."

^_^

Tuesday, November 25, 2014

Kisah Semalam Baru Sekarang Nak Cerita?

hyepp....

saya bosan sangat-sangat ni... dah tak tau nak buat apa di asrama ni.. so, saya log in Nuffnang... and guess what.....

semalam (24 / 11 / 2014 ) saya dapat 8 CPUV ON Going .... waaaaa...... rezeki tu.....


so, CPUV tu dari :

  • Altel Digital Campaign 
  • Mah Sing - Avenue Street .....
  • Mi Sedaap Cup Noodles Dig......

nak tau iklan tu tentang apa? ehhh...mana boleh bagitau, korang kena tengok sendiri laaa apa yang best... kot-kot korang nak join ke ape ke... kan senang........

camne? tengok kat mana??

ni haaaa, kalau nampak iklan tu menari-nari kat blog ni, 
jangan lupa click and USHARRR eyhhhh...... 

btw, tq NUFFNANG...... NUFFNANG.... and NUFFNANG...... 
aishiteru 
^_^

p/s : tetibe teringin nak makan Mi Sedaap...... erghhhhhhhhh 

Saturday, November 22, 2014

I got it 99 999 pageviews....

hyeppp.....

yeah, akhirnya saya berjaya screenshot 99 999 pageviews... hahaha ...
i'm excited...


^_^

p/s : thanks u dear......

Lelaki sweet talker

hyepp.....

lelaki sweet talker... mesti korang dah biasa dengar kan ayat ni..
actually saya konfius... lelaki sweet talker ni memang sweet talker dengan semua perempuan ke?

or memilih jugak??



ceritanya begini :

saya ada kenal sorang mamat ni... sama kolej, tapi lain kursus... kami kenal dekat twitter jer.... setakat balas2 komen, RT dan fav tweet, tu semua normal lah kan... not more than that....

lepas tu, mamat tu add saya kat wechat...
and the conversations started......

so does the sweet talker begin....

kalau saya tak tau status mamat tu, memang boleh melting dah... sebab dia kelakar sangat.... and he know how to keep the conversations going.... ada jer mende yang dia nak cakap... seriusly, i think that he is a cute in his own way......

**************
pesanan untuk diri sendiri........

but, remember, kalau dah terlalu sweet sangat tu...
hati-hati lah.....

credit : google


oppppsssss......

^_^

Friday, November 21, 2014

Kenapa suka tegur kekurangan orang lain?

hyepp.....

Sungguh saya memang tak faham dengan pemikiran atau cara sesetengah orang berkomunikasi dalam perbualan...

Well, 
Kenapa suka tegur kekurangan orang lain? 

ceritanya begini... 

saya dan kawan2 saya baru balik dari beli makanan di kafe.. kemudian, kami terserempak dengan sorang lagi kawan sekelas,.. (dalam bertentangan arah).. 

jumpa kawan kan? paling kurang pun, senyum lah.... oke, yang tu memang buat... bagus... 
tapi, part yang tak best nya bila kawan yang sorang lagi tu cakap, 

"Kak N, kenapa teruk sangat muka tu?" 

WHAT?????? 

***memang lah wajah Kak N tu agak berjerawat... tapi siapa bagi awak hak untuk tegur macam tu? dah lah depan kawan-kawan yang lain... 
mesti lah perasaan MALU, SEGAN, dan mungkin SAKIT HATI tu timbul.. 

Pernah tak awak fikir apa yang awak cakap tu boleh buat orang lain terasa???? 

Bukannya dia minta
"wahai jerawat, tumbuh lah banyak2 sikit kat muka aku...." ...
NO, THERE IS NO SUCH THINGS LIKE THAT.....

yeah, mungkin awak anggap tu hanya lawak, or just a words... 
but still, it hurts.... 




Kalau tak mampu nak gembirakan or tenangkan orang lain dengan kata-kata kita, 
lebih baik DIAM..... 

then, nobody is going to hurt...... 

^_^

Saya's Comel Blog dah nak capai 100 000 pageviews

hyepp.....

Saya's Comel Blog dah nak capai 100 000 pageviews laaa..... ^_^

99 575 pageviews a few minutes ago....



maybe esok luse, capai lah 100 000 page views tu... like, seriusly...
i am just thinking writing as one of my hobbies.. and the feeling is awesome...

cause, i know that i have you...
my blog's reader....

thanks
^_^

Wednesday, November 19, 2014

Crush mengaku suka aku juga?

hyepp...

Apa perasaan korang kalau orang yang korang suka, 
suka korang jugak? 
well.. i mean, korang tak bertepuk sebelah tangan or SS (Syok Sendiri) laaaa.... 


yeahh... 
that's what i feel now.... 

so, the story is like this...
both have the same feelings, but too SHY to tell the truth.... or maybe, just too AFRAID?
being afraid of getting the answer "NO" which automatically means that 
"YOU'RE REJECTED" .....

and that guy end up choose someone else as his gf, or maybe his gf choose him? 
cause he said, "ADE ORANG LAMAR AKU" 

yeah... it's HEARTBREAKING.... 
dua-dua pun rasa yang sama, but keberanian tu tiada... dan dia end up dengan orang lain.....

saya tau pun sebab dia tercakap 
"tu lah ko...dulu aku nak ngorat, ko xbg... " 

hah???? then, soal punya soal... yeah...i got to know the truth....

dear u, 
why did u never mentioned about that before this?? 
tapi, bila difikirkan balik... its not really his fault... maybe saya juga bersalah.... clueless sangat sampai tak sedar perasaan dia pada saya.... 
ermm...but i thought that u only assume me as your friend... i really thought like that.... 
u just make me confuse...   

ct : jangan sedih dah laaa....

me : mana tak sedih... perasaan ni lagi teruk dari yang tak berbalas punya.... dua2 suka sama suka, tapi at the end....hurmmm

ct : ni bertepuk dua belah tangan dah.....

me : yupp...bertepuk dua belah... tapi still, tiada bunyi...

i do like u a lot.... 
but, 
it is too late now... cause i know that u have someone else... and i wont disturb your relationship... never... 

so... 
let us be only friend...
kalau ada jodoh, ada lah kan....
^_^

Tuesday, November 11, 2014

Tak penat ke update tentang CPUV ?

hyepp...

rindunya dekat blog kesayangan ni....hehe...
oke....
Back to the topic....
 Tak penat ke update tentang CPUV ?

jawapan saya : 
tak penat pun.... sebab perasaan gembira tu melebihi segalanya... well, siapa yang tak gembira bila dapat duit kan?? 

actually, lupa nak habaq yang saya dapat 9 on going CPUV dari Nuffnang lagi... 
haha... 




happy blogging, kawan2....
n thanks, Mr. Nuffnang 

#siapa yang saya belum follow? tinggalkan link... nty saya bw n follow ^_^

Tuesday, October 14, 2014

Kesan Ubat Carbimazole pada wanita mengandung

hyeppp...

**ini adalah berdasarkan pengalaman saya sewaktu praktikal....sila rujuk Doktor atau Pharmacist untuk info yang lebih detail tentang ubat Carbimazole ni....

--------------------------
ok...i just want to share some info...useful info....tentang ubat carbimazole...

Carbimazole merupakan salah satu ubat yang digunakan dalam rawatan tiroid khususnya berkaitan masalah hyperthyroidism...

Hyperthyroidism 
----->   keadaan di mana system pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsang kalenjar tiroid untuk mengeluarkan hormone tiroid berlebihan. 



Antara tanda-tanda hyperthyroidism ialah : 
  • Heat intolerance 
  • Palpitations - berdebar-debar 
  • Nervousness - rasa gemuruh
  • Insomnia - susah tidur
  • Breathlessness - susah nak bernafas
  • Increased bowel movements - pergerakan usus meningkat
  • Light or absent menstrual periods - kitaran haid yang tak normal 
  • Fatigue - keletihan
  • Fast heart rate - denyutan jantung yang laju
  • Trembling hands - tangan mengeletar
  • Weight loss - berat badan menurun
  • Muscle weakness - otot jadi lemah
  • Warm moist skin 
  • Hair loss - rambut gugur

Sepanjang pengalaman saya sewaktu filling ubat untuk pesakit, ade lah sorang akak PPF ny iaitu KaK Na yang tanya soalan kat saya...

"Kenapa doktor preskrib Propylthiouracil dan bukannya Carbimazole untuk patient ni? " 

Patient tu adalah perempuan...then, saya pun bantai laaa jawab..rasa macam daa betul, tapi tak pun...hehe, so, Kak Na suruh saya cari sampai dapat jawapan kepada soalan tu... 
so, saya pun search internet... search...and searchhhhh... tak jumpa2 gak jawapan... 
and lastly,
decide untuk tanya PPF kat KKB ni jugak, Haji Man .... so, jawapan ... 

" Sebab Carbimazole tak boleh diberi pada wanita yang mengandung " ...

the answer are easy itsn't it.... why i didnt think bout it earlier?? hehe

now, i'm doing another research about it.... effects of carbimazole for pregnant women... 

and this is what i had found .... 

Carbimazole memberi kesan teratogenik..... Kesan teratogenik ialah kesan yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin... Carbimazole merupakan kategori ubat teratogenik dari kumpulan D... 

ape maksud kumpulan D ...???  
----->   kumpulan ubat yang menunjukkan adanya risiko bagi janin. Ubat ini sebaiknya digunakan jika manfaat terapeutik lebih besar berbanding risiko yang akan dialami oleh pesakit.. 

actually ade empat lagi kumpulan, namun akan saya kongsikan sekiranya ada kelapangan masa....sekian...

p/s : bertambah lagi ilmu pengetahuan pada hari ini ... =)

Dapat 11 On Going CPUV Nuffnang??

hyeppp...

Mr. Nuffnang sangat baik lah bulan Oktober ni.... baru jer hari tu saya update pasal
6 On Going CPUV Nuffnang ...

n now, bila check Mr. Nuffnang, total ada 11 On Going CPUV ???



Alhamdulillah..... terima kasih pada Nuffnang.. Tak lupa jugak pada iklan dari :

  • HP PC DEMAND GEN DIGITAL
  • SUNSILK SILHOUETTE
  • RHB NOW - LETS TRANSACT
  • PROTON PCC
  • SME MICRO FINANCE
  • LAMIDO DIGITAL CAMPAIGN 
  • ZURICH INSURANCE CONTEST 
so, kalau korang na tau apa yang best tentang setiap satu ni, jangan lupa klik2 sikit....
usha2 lah semua tau....... 

thanks, 
^_^


Tuesday, October 7, 2014

Orang Yang Aku Suka

hyepp...


saya ada banyak gilerrr presentation yang perlu dilakukan pada bulan ni... dan saya "extremely nervous" dengan presentation... so, bila someone buat eye-contact dengan saya, yeah.... 
i do feel something... 

SEMANGAT .... 

thanks to u.... 
u just dont know how much that means to me... 

^_^

Monday, October 6, 2014

Apa maksud Friendzone???

hyeppp....

just nak luah perasaan kejap.....

saya rasa saya n dia dah termasuk dalam kategori ni....even though kami contact macam biasa, but still.... here we go.... 


*yang sebenarnye, i am very the musykil....dia paham ke tak yang aku suka dia ni??  
kejap macam tau, kejap lagi macam tak tau.....

 haiyaaaaaa....banyak susah maaaaa..... 

boyfriend and boy friend....??
do u know the difference between both of them...?
the only thing that differentiate the words is that tiny little space between 
BOY and FRIEND.. which is called as F.R.I.E.N.D.Z.O.N.E 

last-last
kawan sampai kawin jer lahh...

kan senang

^_^


Am I In Love??

hyeppp....

okehhh??

bila di baca berulang kali, saya tertanya-tanya... adakah betul apa yang saya baca ni??
kalau lebih dari 4 bulan, maksudnya I AM ALREADY IN LOVE??? 

yess.... honestly, saya dah lama CRUSH dia.... setahun maybe? haha.. dont remember exactly... tapi, tak mungkin lah.... 

dia dah ada someone...  
n saya ikhlas doakan dia bahagia..... :')

Tanda-tanda Lelaki tu Sukakan Kita

Hyepp.... 

actually saya nak share ni haaa... tanda-tanda kalau seseorang lelaki tu suka pada korang..kalau lah ada tanda-tanda ni, most probably u're the lucky girl.... 
*semoga kekal ke jinjang pelamin....ewahhhh...hehe 

credit gambar 


jom ushar : 

NERVOUS
Well , kalau nak tahu lelaki tu suka dekat korang semua ke tak , simple . Bila lelaki tu , dia suka dekat someone, dia akan rasa nervous bila dia nak cakap dengan perempuan tu , nak pandang perempuan tu . And sometimes, dia even tak boleh nak cakap dengan  betul . Tergagap-gagap . Itu dah tahap suka gila dah tu. Bila bercakap dengan perempuan yang dia suka , dia akan tersengih-sengih macam kerang busuk , akan mengelakkan diri daripada ber 'eye contact ' dengan girl yang dia suka . Lelaki jenis macam ni , kebanyakkan lebih gemar bertexting daripada face to face . Ye lah kan , boleh control macho . Cehh . Nasib baik macho. :)


LAYAN DENGAN BAIK
Okay , kalau ada boy ni layan korang semua dengan baik gilaa tanpa any reason . Kemungkinan , diaorang ada feeling dekat korang semua . Hihi , suka tak suka tak ? '' Tapi tak semestinya , maybe dia saja nak beramah-mesra dengan semua orang '' . Yeah , well I know , but , lelaki kalau boleh , dia akan sedaya upaya untuk pretend depan perempuan yang di suka tu , bahawa dia lah lelaki paling baik di dunia ni . Nak kasi perempuan tu terpikat la konon . Kan ? See ,sebab tu lah lelaki tu akan layan you all girl the baik . Logic kan ?

EYE CONTACT
Okay girls , jom kita buat satu experiment nak tau crush korang semua dekat korang balik tak ? Okay , bila you all cakap-cakap dengan diorang , pastikan , you all selalu ber 'eye contact ' dengan you all . Andai kata lah kan , both of you terpandang each other , then , si boy ni cepat-cepat alihkan pandangan and pipi dia blushing-blushing sikit. Hahhh ! Itu juga menjadi salah satu kemungkinan bahawa lelaki tu suka dekat you all balik . 

Tapi , kita tak boleh la nak pakai buat conclusion semudah tu je , bayangkan , lelaki tu memang jenis pemalu , and then bila dia alihkan pandangan bila korang pandai eye contact dengan dia , then teringat pula dekat blog kerek gilaa ni kalau lelaki ni suka kita , dia akan alihkan pandangan bila kita eye contact dengan dia. Tengok-tengok , tanpa disedari , korang ter'syok' sendiri pulak dah . Nanti salah kan siapa ? Salah kan I juga. Tapi salah korang juga , sebelum nak buat experiment ni , buatlah observation dulu . Dah tau lelaki tu jenis pemalu , pandai-pandai la guna cara lain agar tak tersalah faham.

SUKA USIK-USIK ANDA
Ada sebahagian lelaki nak bagi sign dekat perempuan bahawa dia suka dekat girl tu dengan menggunakan taktik usik-usik manja . Anda pernah tak , sorang mamat ni , suka sangat usik-usik anda , buat anda geram . Tapi dalam hati ' malu tapi mahu ' . Kann ? Tau dahh . Tetapi , AWAS ! Sometimes lelaki ni memang suka mengusik , dah memang sifat semula jadi mereka , mereka suka melihat respon daripada kaum hawa ni . Jadi , pandai-pandai you all la nak cari tahu yee . :D

CALLING , TEXTING AND MORE
Bila seseorang lelaki  tu asyik calling korang most everyday for no reason , it means , ada something la tu . Kan ? Hihi . Contohnya , dia akan tanya , buat apa , busy ke , ganggu ke and akan cari more topik supaya conversation korang akan still berlanjutan. Dia juga akan text you all selalu tanya you all buat apa and more.

SENSITIF
Si jejaka akan menjadi seorang yang sensitif secara tiba-tiba. Si jejaka ini akan berubah watak bila bersama dengan anda. Jejaka ini akan sering mudah merajuk , flirty , emosional and more . Macam girl la pula kan ? Siapa kata perempuan je yang mengada-ngada ? Lelaki pon okayy . Peace No War ! ;D

So , 
the conclusion is banyak cara sebenarnya nak tahu .... 
GOOD LUCK GIRLS ! :D

credit post

Sunday, October 5, 2014

6 ON GOING CPUV Nuffnang ??

hyepp...

saya hampir dapat 'heart attack' bila buka Nuffnang tadi... like seriously, ada 6 ON GOING CPUV Nuffnang ?? perghhh... 



kalau blog yang femes , superb femes, mesti berdesup-desup income En. Nuffnang bagi kan.... tapi kalau blog picisan macam saya ni, berapa lah sangat dapat.... hehe

tapi takpe....
'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit' ^_^

andai kata, korang tertarik dengan iklan dari En. Nuffnang, boleh lah click-II iklan tu.. kot-kot korang jumpa apa yang korang cari... hehe

*thanks Mr. Nuffnang n to all my lovely blog reader....
^_^

Saturday, October 4, 2014

Tampal atau Simen Gigi yang Patah / Berlubang

hyeppp....

2/10/2014 - 10.45 am

okeh...hari ni saya ada appoinment braces lagi... (saya rasa besar kemungkinan gigi saya akan di tampal sebab rasa ngilu dah ni) ... 
sedar tak sedar, dah  1 tahun setengah dah saya pakai braces... Lame jugak dah... 

perubahan yang dapat saya rasa?? 
- salah satunya, gigi saya yang dulu ter-kehadapan dah ke-belakang sudah.... hehe... 
- so, keyakinan diri tu makin meningkat... nak senyum pun, boleh senyum lebar-lebar dah... *eventhoughmasasenyumnampakbesi ..hehe
- tima makan? susah lah sikit sebab masih belum rapat / tersusun betul-betul lagi .... 

okeh, 
back to the story.... ^_^

saya lambat sampai hari ni... janji jam 10.45 am, tapi saya sampai klinik tu jam 11.25 am... tak tau lah kenapa, jalam agak 'jammed' masa nak pergi stesen KTM tu... padahal dekat jer pun.... 
pastu, tunggu KTM lagi... 

nasib baik lah tak kena marah dengan Doktor / Nurse.... :)






Dalam bilik rawatan : 
Doktor : Ada masalah apa-apa? 
Doktor : Patah ? Yang mana? Tunjukkan kat saya gigi tu... 
Saya : *tunjukkan kat doktor 
Doktor : Berlubang dah gigi awak ni... tak dapat lah saya nak buat xxxxxxxx (tak faham istilah perkataan tu) 
Saya : *senyap *cuakkk
Doktor : Awak patut datang klinik awal-awal kalau tak tahan atau ada masalah / sakit gigi kat mana-mana... Jangan jadi macam patient saya dulu, gigi dah lawa, tapi sebab patah macam awak, jadi kurang cantik bila bukak braces.... 
Saya : *gulp *terkelu

then, Doktor tu cabut getah braces (warna kuning) dan gantikan dengan getah baru (warna light blue) ..... dan , ketat-ketatkan dawai, potong dawai yang lebih kat hujung ni, etc.....  

Doktor : Gusi awak bengkak dah ni... *blaaaablaaaablaaaaaa.... *tak ingat 

pastu, 
Doktor panggilkan nurse ---> untuk tampal gigi geraham kecil saya yang patah ni.... 

dah siap semua, saya terus balik kolej...sebab petang ada kelas, tak boleh miss... 
tapi .... alih-alih kelas cancel pulak... sabo ajo lahhhh aihhh...... 

konklusi : 
*pape masalah, datang je klinik... cakap emergency... 

^_^

Tuesday, September 16, 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

hyepp

[ klik banner untuk join ]

GA ni akan berlangsung selama sebulan ++ ... 
jom ramai2 join 
^_^

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu



(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober

Dengan Penaja Bersama 

2nd Giveaway by Miminadam

hyepp...

klik banner kalau nak join

saya join sebab 
- isi masa lapang -
- teringin nak hadiah name card tuh -

so, kawan2
jom ramai2 join GA nie....

^_^


Monday, September 15, 2014

ANA UHIBBUKI FILLAH HATTA FIL JANNAH ABADAN ABADA

assalam.....

korang pernah dengar ungkapan ni??

"ana uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada"  

maksudnya :
Aku mencintaimu hingga ke syurga selama-lamanya kerana Allah.. :') 



********
untuk siapakah kata-kata tersebut ditujukan......?
for u my dear friend,
i have nothing to say here....
i just want to let it become a secret.. remains there... in my heart....

^_^

Saturday, September 13, 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

hyepp

Assalamualaikum

[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Sunday, September 7, 2014

Bodoh Punye Blog

hyepp....

entry kali ny ditulis dengan perasaan #SENTAP ...


6 Sept 2014 11:20 am... 
hai, BODONG...  boleh saya tau kenapa awak cakap macam tu ?? Part mana dalam blog ni yang bodoh? dan macam mana awak nilai hasil tulisan tangan saya sampai awak boleh cakap macam tu? 

if awak tak puas hati, tinggalkan link awak.... bukannya tiru style anonymous... please be matured.... 

p/s : mana yang tinggal link, in sha Allah memang saya akan follow... cepat / lambat jer...cause, saya tak online 24 jam everyday...... terima kasih....

maafkan saya kalau saya ada terguris hati sape2.....
sekian......
:')

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

hyeppp.....

As-Salam korang... 

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers  

bermula pada 6 September 2014 sehingga 13 September  2014.... 

jom join ramai2..... ^_^

10 Days Challenge [Day 5 / 5 Foods]

hyeppp.....

ny merupakan entry untuk hari ke-lima tentang 10 Days Challenge ... dengan tajuknya
10 Days Challenge [Day 5 / 5 Foods]....

so, here we go....

1. Puding Karamel Gula Hangus



i am craving right now.... Semasa cuti mid sem hari tu, dah mintak mak tolong buatkan sebab memang teringin nak makan... tapi ada jer problems.. last-last sampai ke sudah tak merasa.... hurmm.. nak buat tak reti... 

so, for those yang nak resepi Puding Karamel Gula Hangus tu, meh jenguk blog akak ni --> ctliyana86.. yummy...! 

Teringat dulu sewaktu berpraktikal di Kota Bharu... masa tu bulan Ramadhan, so, tiap-tiap petang memang saya dan kawan-kawan akan pergi ke bazar Ramadhan untuk cari makanan berbuka puasa nanti.. and of koz lah, saya akan beli makanan feveret saya ni... 

2. Kek Batik

Tadi baru lepas makan kek batik... my classmate bawak, mak dia yang buatkan... hehe... lepas jugak kempunan..



kalau saya buat, tak de lah secantik macam dalam gambar tu... kebiasaanya biskut tu memang akan hancur... haha... korang nak resepi? meh jenguk blog akak rooftopqueen ... ^_^

3. Benjo ( Ekspress )

Bukan burger, tapi Benjo?? Mesti korang semua tau kan benjo tu apa... tipu ah kalau tak tau.. haha.. saya suka makan benjo waktu breakfast.. and orang yang selalu masakkan untuk saya, mesti lah adik saya.. dia kan rajin.. haha.. kenapa saya tulis ekspress, sebabnya korang tak payah pergi kedai beli roti burger yang bulat tu.... haha

nah, resepi Benjo ekspress : 

bahan-bahan yang diperlukan : 
- Roti Sandwich ( yang 4 segi tu )
- Mayonis
- Sos Cili
- Telur 
- Marjerin 

first, korang goreng telur tu.. terserah sama ada nak wat style telur dadar (jangan tambah garam pulak) or telur mata kerbau.... biasanya saya buat style telur mata kerbau jer, sebabnye malas nak kacau rata telur tu... 

second, sapukan marjerin pada roti dan gorengkan dia... 

third, sapu lah mayonis dan sos cili pada roti yang dah siap digoreng.. Pastu, apitkan telur goreng di bahagian tengah... tambah lah tomato, timun or, sayur ... ikut citarasa... k, siap? jom makan...  

***sory gambar xde... tak sempat snap pic, benjo dah habis ditelan.... 

4. Popia Nestum

Bulan Syawal dah habis kan.. kalau tak, mesti penuh kuih raya Popia Nestum ny orang duk jual... kalau hari-hari biasa macam ni, memang susah lah nak dapat... so, at the end... baik buat sendiri.. bukan susah pun.... 

nak resepi?? meh jenguk blog akak ni pulak.... -->  Saye Punye Belog 



**bila tah nak try buat sendiri popia nestum.... haduii, busy sokmo gayanya.... 

5. Kerang

last but not least... kalau semua family ada kat rumah, memang saya akan ajak ayah pergi beli kerang... pastu, masak dan makan ramai-ramai... toksah duk kata lah... memang satu periuk penuh pun tak cukup ni... haha



nak resepi?? alah, senang jer nak buat.....tak percaya?? mai...
jom pakat usha blog akak  myaida-incrediblerecipes  ...

Challenge ni takde expiry date tau, so pada sesiapa yang nak join jugak, boleh refer entry sana ------> 10 Days Challenge ....

have fun.....
^_^

Saturday, September 6, 2014

10 Days Challenge [Day 4 / 4 Books]

hyepp...

ny entry untuk hari keempat 10 Days Challenge... dengan tajuknya iaitu ....
10 Days Challenge [Day 4 / 4 Books] .... 

So, here we go.... ~_~

1. Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita


" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha 

amacam?? kalau nak baca online, leh baca di Penulisan2u - Awak Suka Saya Tak? 

**Buku ni saya baca semasa awal sem6.... hehe...
orang lain semangat study, saya semangat juga... semangat menghabiskan novel ni walaupun ada 1056 pages..haha... seriusly memang best... tak rugi beli..... ^_^

2. DIAgnosis - Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah 



**buku yang sangat best... sangat best okehhh..... kalau ada yang nak beli secara online, leh klik sana ---> DIAgnosis

" Tangisan yang Dinanti.....
pada saat itu, itulah bunyi yang terindah di dunia.....
lagi banyak tangisan, lagi banyak oksigen dan udara masuk ke paru-paru... " 
3. Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel (Istanbul) oleh Abdul Latip Talib 


Berapa ramai antara kita yang suka baca kisah sejarah...? Tak ramai kan, kalau ada pun boleh kira dengan jari... so, saya pun mencabar diri saya untuk menghabiskan bacaan yang bertajuk "Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel" ... kalau novel setebal 1056 pages boleh habis, takkan lah buku ni tak boleh habis... kann.... 

at the end, saya berjaya habiskan pembacaan saya... dan bagi saya, buku ni memang superb best..... ohsem... 

"Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik", itu antara dialog yang selalu disebut di dalam novel sejarah Islam ini... 

4. 13 Jam A380 - Evelyn Rose


siapa yang nak beli secara online boleh singgah ke sana ---> 13 Jam A380 @ 13 Jam A380
dan pada siapa yang baca review tentang buku ni boleh tekan sinun --> Aku & Novel 

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya...

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per
hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA  
**** sejujurnya belum berkesempatan untuk beli buku ni...so, eden memang tak baca buku ni sepenuhnya lagi... (w/pun memang nak sangat buku ni) .. huu, someone? leh hadiahkan buku ni pada saya tak?? haha...*joking

there ---> Evelyn Rose's Blog  ...

ok, done for today....

btw,
Challenge ni takde expiry date tau, so pada sesiapa yang nak join jugak, boleh refer entry sana ------> 10 Days Challenge ....

have fun.....
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...